Piagam Pelanggan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah

Memberi perkhidmatan guaman kepada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan cekap, tepat, berkualiti dan berintegriti seperti berikut:

  1. Memberi nasihat guaman yang dikehendaki oleh pelanggan dalam masa 21 hari bekerja setelah menerima dokumen dan maklumat lengkap;
  2. Meneliti setiap perjanjian, dokumen perundangan dan dokumen-dokumen undang-undang yang lain dalam masa 21 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat lengkap tertakluk kepada kerumitan;
  3. Menggubal perjanjian dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat lengkap tertakluk kepada kerumitan;
  4. Memulakan dan mengendalikan tindakan undang-undang oleh atau terhadap Kerajaan Negeri atau Pegawai Awam Negeri dalam mana-mana Mahkamah dalam masa yang munasabah berdasarkan dan tertakluk kepada fakta, intipati dan keadaan kes-kes berkenaan;
  5. Menggubal undang-undang dalam masa 60 hari bekerja setelah semua dasar dan isu undang-undang diselesaikan; dan
  6. Menyemak dan mencetak semula undang-undang Negeri sedia ada dalam masa yang munasabah tertakluk kepada fakta, isi kandungan dan keadaan semasa.